
Buku ini menghimpunkan 300 rangkap pantun yang saya karang beberapa tahun lalu. Pantun-pantun dalam Usul Mengenal Asal ini sebahagian besarnya adalah ingatan-ingatan dan pengalaman masa lalu, juga catatan perjalanan yang saya gubah sebagai pembayang. Maksud pantun menggabungkan pelbagai tema peribadi, adab dalam masyarakat, keagamaan, kasih sayang dan patriotisme. Pantun-pantun berkenaan saya bahagikan kepada lima bahagian:
Bersantun Berbahasa (24 rangkap),
Memimpin Rindu (54 rangkap),
Ufuk Pasrah (48 rangkap),
Usul Mengenal Asal (60 rangkap) dan
Kalau Bukan Kehendak Hati (60 rangkap).
0 ulasan:
Catat Komen